Kenapa ozel mahal?
Itu adalah persoalan yang seringkali muncul dalam benak fikiran pelanggan ataupun sesiapa sahaja yang melihat iklan dan jualan brooch ozel ini.
Batu ozel daripada batu swaroski yang terbaik kualitinya. Cirinya seperti berikut:
* lebih kilat tidak pudar
* lebih bersinar kilauan hampir sama dengan berlian
* tahan lama walaupun telah digunakan selama bertahun²
* tampak mewah dan mahal kerana ianya batu kristal tulen
Kekurangan batu brooch biasa
Batu menggunakan kaca dan ianya ada berbagai gred juga. Gred yang terbaik ialah gred AAA dan gred yang terakhir ialah gred C.
Brooch biasa ini lama kelamaan batunya akan menjadi keruh dan kurang berkilat.
Harga pasaran memang murah.
Kesimpulan:
Sama ada brooch ozel atau brooch biasa seeloknya semasa memakai dijauhkan daripada semburan minyak wangi kerana alkohol di minyak tersebut akan mengurangkan daya kualiti brooch tersebut. Namun begitu bagi brooch biasa walaupun tidak terkena semburan minyak wangi akan tetap pudar berbanding dengan brooch ozel sentiasa kelihatan lebih cantik, lebih jernih dan lebih kilat.